Umrah secara asas

haji-dan-umrah

Maklumat ini digarab daripada kursus yang dihadiri:

Perkara penting sebelum berangkat:

  1. Mohon maaf
  2. Hebahkan binatang peliharaan
  3. Sucikan diri (istiqfar)

Mekkah dan Madinah tempat yang susah untuk nampak bintang kerana ianya dilindungi oleh ramai para malaikat setiap saat malaikat bersama kita di sana.

Menusuk jiwa: Jika kita lambatkan solat. Setiap kali nadi kita berdenyut dia akan berkata ”berdosa”…”berdosa”..ini satu gurauan yg sangat signifikan dan menusuk jiwa.

Perkara penting sebagai ingatan:

  1. Niat : sunat lafaznya. Wajibnya kena niat dalam hati.

Di rumah

  1. mandi sunat musafir. Niat : sahaja aku mandi sunat musafir kerana Allah Taala
  2. solat sunat musafir. Niat: sahaja aku solat sunat musafir 2 rakaat kerana Allah.
    1. Bacaan 1. qul ya
    2. Bacaan 2. qul huwallah

Perjalanan bermula di Madinah

Doa di tanah haram: Ya Allah ini tanah haramMu dan rasulMu, maka haramkanlah darahku,tulangku, dagingku drp api neraka Mu Ya Alalh.

  1. Dibawa ke hotel-letak barang.
  2. Masjid Nabawi
    1. Mandi sunat utk ke masjid
    2. Pakai pakaian bersih
    3. Pakai wangi-wangian
    4. Masuk masjid dgn kaki kanan, toilet :kiri
    5. Doa masuk masjid : YaAllah ampunkan dosaku, buka pintu rahmatmu padaku
    6. Solat tahayatul masjid
  1. ziarah makam nabi..Assalamualaika Ya Rasullullah
    1. ucap salam, dan sampaikan doa dr kawan dr malaysia
  2. doa mengadap kiblat
  3. ziarah makan saidina umar dan abu bakar

ZIARAH WADA’

Ziarah masjid, solat, ziarah makam dan doa selamat tinggal

Doa: minta supaya dpt datang lg

MEKKAH

Sebelum niat umrah sucikan apa yg patut.

  1. Mandi sunat ihram
    1. Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah
  2. Pakai pakian ihram
    1. Solat sunat ihram
  1. Sahaja aku solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah
  2. ilmu yg manafaat
  3. rezeki yg halal
  1. Talbiah 3 kali (sunat)
  2. Naik bas untuk pergi berniat (dalam perjalanan banyakkan berzikir dan bertalbiah)
  3. Sampai di miqat
    1. Berdoa: Ya Allah ini tanah harammu, maka haramkan lah badanku, ,dagingku, tulang ku dr api neraka. Ampunkan dosaku Ya Allah
  4. Masuk ikut pintu bababul aziz
  5. Doa dlm masjidil haram: limpahkan rahmatMu kepadaku
  6. Tawaf
    1. Bermula dr yamani – h/aswad (penjuru h/aswad)
    2. Ada lampu hijau di dinding masjid
    3. Niat tgk kaabah
    4. Kiri kaabah
    5. Doa: ya Allah aku ingin tawaf sebanyak 7 kali….
    6. Mula dgn kaki kanan
    7. Ada air sembahyang
    8. 7 kali tawaf
    9. Tak boleh sentuh apa2
    10. Tak boleh masuk hijri ismail
    11. Jgn niat lain dlm hati-batl
    12. Boleh berdoa semasa tawaf-apa2 doa
    13. Baca subhanallah..walhamdulillah….
    14. Sampai diyamani: bismillahhi allahhuakbar, baca doa rabana atina fiddun yahasanah….
    15. Lps 7 kali..solat sunat tawaf dibelakang makan ibrahim
    16. Doa di multazam
  1. berjalan ke bukit sofa
    1. dalam perjalanan minum air zam-zam, minta doa:

iii. amalan diterima

  1. jauhi dr penyakit dan bala
  1. Sae’ (bermula di sofa –marwah)
  2. berdoa mengadap kiblat
  3. Niat:sahaja aku mengejakan sae’ sebanyak 7 kali kerana Allah
  4. Lambai ke kabah: Allah huakbar walillah ilham
  5. lelaki: lampu hijau-tempat bermula berlari anak
  6. tak perlu ada air sembanyang
  7. uzur pun boleh saei
  8. Doa tamat saei (mengadap kiblat)

Tawaf wida’

  1. Turun balik ke kaabah sama macam tawaf biasa
  2. boleh berpakaian biasa
  3. ambil wuduk
  4. lps tawaf tak boleh shopping
  5. boleh ambil barang sahaja dihotel
  6. boleh solat sunat sahaja

Kalau uzur: pergi ke pintu lambai tgn sahaja.

sumber : http://kehidupan-phd.blogspot.com/2010/03/umrah-secara-asas.html

Advertisements

Harga minimum pakej umrah RM4,900

image

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) hari ini menetapkan harga penunjuk aras untuk pakej umrah adalah sebanyak RM4,900 yang berkuat kuasa serta merta.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertindak selaku Pengerusi MKSU berkata, harga minimum pakej umrah itu meliputi pakej standard selama 12 hari 10 malam.

“Apa yang kurang daripada itu adalah satu penipuan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung penubuhan MKSU di sini hari ini.

Beliau berkata MKSU yang berkuat kuasa hari ini ditubuhkan bertujuan bagi menangani isu penipuan pakej umrah yang dianggotai 13 anggota termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia.

“MKSU akan berperanan dalam mengawal selia pengendalian pakej umrah serta bertindak sebagai pusat sehenti dan saluran terhadap segala aduan berkaitan penipuan pakej umrah,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, setiap agensi akan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada untuk bersama memantau isu penipuan pakej umrah.

“Penyaluran aduan dan maklumat akan jadi lebih sistematik dan tindakan penyelesaian terhadap aduan akan jadi lebih berkesan dengan penubuhan majlis ini,” katanya.

Katanya kementerian tersebut juga akan membuat penurunan kuasa kepada Jawhar di bawah peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 bagi membolehkan Jawhar membantu dalam pemantauan dan penguatkuasaan terutama terhadap iklan pakej umrah di surau dan masjid seluruh negara.

Menurut beliau, antara peranan anggota majlis lain termasuk menetapkan mekanisme kawal selia pengendalian pakej umrah, merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam serta memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes penipuan secara bersepadu. – Bernama

Sejarah ringkas Makkah dan Kaabah

kaabah

Sebelum seseorang mengunjungi ke Tanah Suci Makkah (Makkah Al-Mukarammah), adalah sangat penting baginya mengetahui mengenai sejarah dan latar belakang bumi yang penuh barakah ini. Di Makkah terletaknya Kaabah, yang menjadi qiblat bagi seluruh umat Islam. Di situ juga umat Islam berkunjung untuk menyempurnakan ibadat haji ; ia itu rukun Islam yang ke lima.

Makkah, ialah sebuah bandar suci di sebelah barat negara Arab Saudi. Ianya terletak 909 kaki dari aras laut di Lembah Ibrahim, ia itu satu kawasan yang memanjang, berbukit dan berpasir berhampiran dengan Laut Merah. Pada asalnya ianya merupakan sebuah lembah yang tiada berpenghuni, tiada air, tiada pokok dan letaknya berhampiran dengan jalan biasa laluan kabilah-kabilah Arab yang lalu antara negeri Yaman dan Palestin. Selepas kedatangan Nabi Ibrahim a.s. bersama keluarganya (Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s. , dan dengan munculnya air Zam-Zam, tempat ini telah berubah menjadi sebuah penempatan yang sangat maju dan yang sangat diberkati Allah SWT .

Setelah Siti Hajar menemui air Zam-Zam, bermulalah penempatan di situ, apabila beberapa suku kaum Jurhum memohon keizinan Siti Hajar untuk bermukim di situ dan menggunakan air Zam Zam. Apabila Nabi Ismail a.s. meningkat dewasa dia telah dijodohkan dengan seorang gadis anak kaum Jurhum. Penempatan di Makkah semakin pesat dan suku Jurhum menguasai Makkah selama dua abad. Selepas itu suku Khuzaah dari Yaman telah menguasai Makkah dengan menewaskan kaum Jurhum.

Di Makkah terdapat banyak suku atau kabilah Arab yang berpecah dan bermusuh serta berperang antara satu sama lain. Suku-suku kaum Arab ini kemudiannya telah berjaya disatukan oleh Qusay Ibnu Kilab, menjadi satu bangsa atau qabilah Quraisy yang disegani. Rasulallah s.a.w. dilahirkan semasa kegemilangan Quraisy di bawah pimpinan bapa saudaranya Abdul Mutalib. Rasulallah s.a.w. menamatkan penguasaan musyrikin Quraisy ke atas Makkah melalui penaklukan Makkah pada pada Ramadhan 8 Hijrah.

Masjidil Haram di Makkah merupakan masjid tertua diseluruh dunia. Di masjid ini terdapat Kaabah, iaitu rumah ibadat yang pertama didirikan di muka bumi. Binaannya adalah daripada batu-batu yang diambil dari lima buah bukit : Thur Sina, Jabal Lubnan, Thur Ziata, Jabal Judi dan Jabal Hira. Di samping Kaabah terdapat Makam Ibrahim, telaga Zam-Zam, Hijir Ismail, Hajar Aswad dan sebagainya, merupakan di antara tempat-tempat penting yang menjadi sebutan para jemaah haji yang mengunjungi Masjidil Haram.

Sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s., Kaabah telah dibina sebanyak tiga kali, ia itu pembinaan yang dilakukan oleh Malaikat, Nabi Adam a.s. dan Nabi Sith a.s. Kemudiannya pembinaan semula Kaabah dibuat pada zaman bangsa Quraisy iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia 35 tahun. Pada tahun ke 17 Hijrah kawasan Masjidil Haram di Makkah telah diperluaskan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. dan kemudian diperbaharui oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. pada tahun 26 H. Pembesaran seterusnya dilakukan oleh penguasa-penguasa Tanah Haram. Pembaharuan dan pemeliharaan semula dibuat pada tahun 1417 H/1996 M atas arahan Raja Fahd Ibn Abdul Aziz, dan penguasa-penguasa Tanah Suci Makkah terkemudian dari masa ke semasa.

Wallahu a’alam.

Maklumat tentang umrah

UMRAH-inside-2-large

 
Rukun Umrah terbahagi kepada 5 iaitu:

1) Niat
2) Thawaf
3) Saie
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

NIAT

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

TAWAF

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf

– Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Lafaz niat Tawaf Umrah:

Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
– Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
– Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
– Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
– Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
– Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
– Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
– Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
– Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
– Mesti suci daripada hadas besar.
– Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
– Mesti menutup aurat.

SAI’E

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sai’e:

– Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
– Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
– Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
– Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
– Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
– Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

TAHALLUL

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:

Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

TERTIB

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah

Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:

– Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
– Menjaga larangan ihram.
– Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

MIQAT bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
  
kredit :
www.umrahmalaysia.com

 
10681987_10152653995689435_43640386_n
10668300_10152653995379435_1387519076_n

 

Tawaran Pakej Umrah 2014

10681987_10152653995689435_43640386_n

(Sila klik gambar untuk besarkan)

10668300_10152653995379435_1387519076_n

Saya mewakili syarikat Mumtaz Travel ingin mewar-warkan pakej umrah 2014 bagi tarikh yang tertera.

WARGAKERJA MUMTAZ TRAVEL

 

Memperkenalkan wargakerja Mumtaz Travel
Macam Comel Je Macam Cantik Je Macam Kenal Je
Ye,Inilah Kami..Tiada Yang Rahsia

p/s: pastinya anda pernah melihat kami…

Untuk maklumat lanjut :

MUMTAZ TRAVEL SDN. BHD
No 20-01 Jalan Kolam Air Satu,
Nong Chik Heights
80100 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2072717 Fax : 07-2072718
layari blog www.mumtaztravelsb.blogspot.com

Buat sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya sekarang di talian 019-7589774 (Nizam) atau emailkan ke nizamsky@gmail.com

Persediaan awal untuk idadah haji dan umrah

552587_355805651128212_219975448044567_961595_394601567_n

Ibadah Haji dan Umrah melibatkan penyatuan antara kegiatan ibadah mental dan fizikal. Maka persiapan dan kesediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di tanah air.

Pada setiap musim haji, keadaan di tanah suci padat dengan para jemaah yang menunaikan ibadah haji dari seluruh dunia sehingga mencapai 3 juta orang dan ianya sentiasa meningkat setiap tahun, sedangkan tempatnya terhad.

Apabila seseorang telah cukup syarat-syarat yang mewajibkannya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah adalah dinasihatkan supaya melakukan Solat Istikharah apabila seseorang itu bemiat pergi ke sana. Langkah ini bukanlah meminta pertolongan Allah سبحانه وتعالى supaya memutuskan sama ada hendak pergi atau pun tidak, tetapi untuk menunjukkan kepada kita beberapa perkara iaitu:

  1. a) Adakah hendak pergi haji dahulu atau menunggu pada masa akan datang untuk pergi bersama isteri, suami atau ahli keluarga lainnya.
  2. b) Agensi, muasasah atau pakej haji yang hendak dipilih, selepas mengutama dan mendahulukan kesempurnaan ibadah daripada kepentingan kemewahan.

 

PERSEDIAAN SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

Apabila seseorang telah dipanggil atau namanya sudah ada dalam senarai menunggu, maka hendaklah dia membuat beberapa persiapan dan adalah lebih baik jika persediaan tersebut dapat dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh keberangkatan ke tanah suci. Walau bagaimanapun masih belum terlambat jika ianya dilakukan mulai sekarang.

 Oleh kerana ibadah haji dan umrah selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki seperti Tawaf dan bersaie dan melontar Jamrah.

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

  1. Pemeriksaan Kesihatan

Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

  1. Nasihat Doktor Perunding

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asama dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. 

Latihan Kecergasan

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

Maka ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun cengkaman hawa berbeza. Contohilah bagaimana Uwais al-Qarni mempersiapkan dirinya untuk ke Makkah di sini.

  1. Latihan Berjalan Kaki

Lakukanlah latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini adalah persediaan yang terbaik kerana rata-rata kedudukan hotel penginapan terletak agak jauh jaraknya iaitu :

  1. Jarak ke Masjidil Haram antara 800 – 1,500 meter
  2. Jarak untuk Tawaf mengelilingi Kaabah sejauh 500 meter – 1 kilometer
  3. Jarak Bukit Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter dan apabila mengerjakan ibadah Saie, akan berulang alik 7 kali sejauh 2, 940 meter (hampir 3 kilometer)
  4. Melontar Jamrah, terpaksa melalui terowong sepanjang 3.5 kilometer. Jika duduk di Mina Mu’assir, dalam 5 – 7 kilometer ke jamrah. Ada 3 jamrah yang perlu dilalui 4 hari berturut-turut:
  5. Jarak antara Jamrah Ula dengan Jamrah Wusta adalah 247 meter.
  6. Jarak antara Jamrah Wusta dan Kubra kira-kira 200 meter.

Latihan fizikal ini adalah sebagai suatu ikhtiar kita sahaja kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah Allah سبحانه وتعالى. Latihan ini elok dimulakan 3 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana.

  1. Membiasakan Diri Berada Di Cuaca Panas Terik

Bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal jamaah membiasakan diri dengan sengatan matahari dan keadaan di Tanah Suci yang lebih panas.

Pada musim panas, suhu siang hari di Arab Saudi boleh mencapai 40-50 darjah Celsius, kepanasannya menyengat di samping angin kering membahang hingga menyebabkan ramai jemaah meninggal dunia akibat ‘Heat Stroke’ (kekurangan cecair dalam badan). 

  1. Membiasakan Diri Dengan Suhu Dingin

Latihlah diri untuk bangun malam berqiamullail bagi menzalimi ibadah di samping membiasakan diri dengan air dan cuaca dingin. Ini tujuannya mempersiapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi keadaan di Makkah kerana terpaksa bangun awal untuk ke Baitullah bagi solat Subuh.

Di samping cabaran bermalam di Mina dan Padang Arafah kerana suhu waktu malam dan musim sejuknya boleh turun sehingga 10ºC yang disertai angin kering dan dingin menusuk tulang.

  1. Manasik Haji

Manasik adalah latihan atau tata cara ibadah haji menjelang keberangkatan ke tanah suci. Pergi melaksanakan haji merupakan rangkaian ibadah yang terikat dengan masa dan tempat disertai dengan peraturan dan larangan tertentu serta dilihat dari sifat dan aspek hukumnya:

1)   Rukun: Jika ditinggalkan boleh membatalkan haji atau tidak sah

2)   Wajib: Sekiranya ditinggalkan wajib ditebus dengan membayar Dam

3)   Sunat: Jika dilaksanakan akan mendapat pahala dan sekiranya ditinggalkan tidak berdosa.

4)   Makruh: Jika ditinggalkan akan mendapat pahala.

5)   Haram: Dilarang sama sekali melakukannya. Sekiranya mahu dilaksanakan juga akan mendapat dosa.

  1. Menambah Ilmu

Berusaha belajar dengan orang yang arif sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakanHaji dan Umrah, kerana ibadat haji yang tidak mengikut cara-cara yang telah ditetapkan akan rosak, cacat dan tidak diterima sebagai ibadat haji yang sempurna.

Amat rugi jika setelah berpeluang ke sana dan berkorban masa, harta dan wang ringgit, ibadahHaji dan Umrah kita menjadi sia-sia begitu saja disebabkan ketidakperhatinan dan kecuaian sendiri.

  1. Bacalah Buku-Buku Berkaitan

Pembacaan buku-buku berkaitan ibadah Haji dan Umrah, sejarah Madinah dan Mekah akan dapat membantu apabila kita menjalani ibadah tersebut. Membaca buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah dan Haji akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

Selain untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah, tujuan ke Tanah suci sudah pasti untuk ziarah ke tempat-tempat yang bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Dengan mengetahui riwayat dari tempat-tempat bersejarah tersebut terlebih dahulu, maka ketika berziarah ke tempat tersebut nanti, akan dapat lebih memahami dan menyelami makna tempat-tempat yang kita kunjungi.

Firman Allah سبحانه وتعالى: “Di Baitullah terdapat bukti-bukti sejarah yang meyakinkan, antaranya tempat peribadahan Ibrahim; Sesiapa yang masuk ke sana, maka ia selamat.” (Surah Al-Imran; Ayat 97)

  1. Perbanyakkan Membaca Al-Quran

Berguru dan lancarkanlah pembacaan Al-Quran kita kerana selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermnnfaat apabila kita berada di tanah suci. Iaitu selain daripada ibadah Haji dan Umrah, pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam Al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

  1. Belajar Berdoa

Di Tanah suci perbanyakkanlah beristighfar, berzikir dan berdoa kerana banyak tempat-tempat mustajab untuk memanjatkan doa. Pelajari pelbagai doa sebagaimana Rasulullah ﷺ ajarkan atau doa-doa yang ada di dalam Al-Quran, hafalkan dan lebih menghayati makna doa tersebut. Sehingga kita boleh berdoa dengan fasih, khusuk dan tawaduk di hadapan Allah سبحانه وتعالى, kebiasaannya intipati doa adalah ingin mendapatkan kejahteraan di dunia dan di akhirat.

Banyakkan berdoa terutama pada tengah malam dan dinihari, memohon supaya ibadah Haji dan Umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah سبحانه وتعالى. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, kesejahteraan orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah سبحانه وتعالى memberi petunjuk, dikurniakan kita hati yang ikhlas dan sebagainya.

  1. Latih Diri Mendekati Masjid

Sekiranya dahulu kita sering solat di rumah, latihlah diri kita mendekati masjid dan biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid tempat tinggal kita. Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita.

Ia juga adalah tempat terbaik untuk kita menyendiri (beriktikaf) memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

  1. Perbanyakkanlah Solat Sunat.

Solat sunat seperti Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Tahajudadalah bertujuan untuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى dan membersihkan diri kita dari dosa-dosa dan segala perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan. Dengan memohon keampunan dan taubat ini semoga Allah سبحانه وتعالى mengampuni kita.

  1. Belajar Solat Jenazah. 

Pada musim haji, sama ada di Masjid Nabawi di Madinah mahupun di Masjdil Haram, Makkah, hampir setiap solat wajib diiringi dengan Solat Jenazah. Mungkin kerana suhu udaranya yang sangat panas dan kadang-kadang terlalu sejuk, ditambah keadaan jemaah yang lemah maka hampir setiap solat ada saja permintaan untuk Solat Jenazah bagi jemaah haji yang meninggal dunia di dua kota suci tersebut. Oleh kerana itu, bagi jemaah yang belum mengetahuinya atau belum hafal bacaannya dianjurkan untuk mempelajari serta diingat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

  1. Tunaikan Amanah Dan Nafkah

Mengembalikan semua amanah orang yang ada pada kita. Jika belum berkesempatan, maka perlu diwakilkan kepada seseorang agar menguruskannya jika terjadi sesuatu kepada diri kita. Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.

Para jemaah yang berstatus ketua keluarga hendaklah menyediakan nafkah yang secukupnya untuk kehidupan dan keperluan keluarga serta mereka yang di bawah tanggungan mereka sepanjang berada di Tanah Suci sehingga kepulangan para jemaah ke tanah air. Pastikan juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, daripada sumber yang baik, suci dan bersih.

  1. Selesaikan Hutang Piutang. 

Hutang boleh mengganggu ketenangan dalam menunaikan ibadah haji. Sebelum berangkat selesaikan dulu segala hutang piutang yang telah sampai tempoh masa perjanjiannya.  Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.

Beritahu kepada keluarga yang ditinggalkan sekiranya ada sebarang hutang yang tertangguh sehingga jika terjadi apa-apa terhadap diri kita, maka mereka yang ditinggalkan dapat menyelesaikannya.

  1. Sumber Wang Halal. 

Sumber wang yang diperolehi untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah haruslah jelas kehalalannya, bukan dari hasil subahat dan tidak juga dari wang haram. Wang untuk menunaikan Haji dan Umrah bukanlah berasal dari hasil wang rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya kerana sumber nafkah yang haram, hajinya tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

Segala kos mengerjakan ibadah itu hendaklah yang halal lagi diredhai Allah سبحانه وتعالى. Ini juga berdasarkan kepada hadis Rasulullah ﷺ:

“Apabila seseorang pergi menunaikan haji dengan perbelanjaan yang baik (halal) dan meletakkan langkah kakinya, kemudian dia melaungkan: “Labaik Allahumma Labaik.” (Ya Allah! Inilah aku datang menyahut pangillanMu). Maka menyeru ia oleh seorang penyeru dari langit: “Allah sambut kedatanganmu semoga kamu akan bahagia (kerana) bekalanmu halal dan kenderaanmu (dari hasil yang) halal, maka haji engkau mabrur (diterima) tidak dicampuri dosa (tidak ditolak).” Sebaliknya apabila seseorang pergi haji dengan perbelanjaan yang haram, lalu dia melangkah kaki sambil menyeru:“Labaik Allahumma Labaik!” (Ya Allah! Daku sahut panggilanMu). Maka menyeru seorang penyeru dari langit: “Tidak diterima kunjunganmu, dan tidak berbahagia keadaanmu! (Kerana) bekalanmu haram, perbelanjaanmu (dari harta yang) haram, maka hajimu dicampuri dosa (tidak diterima), tidak mendapat pahala.” (Hadith Riwayat Tabrani dari Abu Hurairah r.a)

Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan hajinya sah, hanya dia berdosa dan tidak mendapat pahala.

Dari Abu Hurairah r.a.; Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik, dan tidak akan menerima (sesuatu amalan) melainkan yang baik.”

Hukum mengerjakan haji

the-kaaba-at-night

Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan,  sekali dalam seumur hidup berdasarkan dalil yang terdapat di dalam Al-Quran , As-Sunnah dan Ijma’ Ummah.

 i) Dalil dari Al-Quran :

Firman Allah Taala :

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً

Maksudnya : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

[Surah Ali-Imran : 197]

 

ii) Dalil dari As-Sunnah :

Sabda Rasulullah SAW.: 

بُنِيَ الإِسلامُ عَلى خَمْسٍ: شَهادَةِ أَنْ لا إِلهَ إلاّ اللّهُ, وَأَنّ محمداً رسولُ اللّهِ, وَإقامِ الصلاةِ, وإِيتاءِ الزّكاةِ, والحَجّ, وصَوْمِ رَمَضان.

Maksudnya : Islam dibina di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Mengerjakan haji, Berpuasa di bulan Ramadhan.

Ibadat haji hanya difardhukan sekali sahaja seumur hidup bagi setiap muslim. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW. kepada Al-Aqra’ bin Habas apabila ditanya adakah haji itu setiap tahun atau hanya sekali sahaja? Lalu baginda menjawab : hanya sekali sahaja, dan barangsiapa yang menambahnya, maka itu menjadi sunat.